it is me....

it is me....
kami happy together..

Ahad, 29 Disember 2013

MOTIVASI

9 PERMULAAN BAIK DI PAGI HARI

  • 1. Bangun dari tidur dengan mengingati ALLAH ~ Bermohon doa kepada ALLAH agar ALLAH bantu kita mendekatkan diri padanya. Semoga ALLAH beri ketenangan dan kekuatan untuk terus bersemangat melayari hidup hari ini.
  • 2. Bersyukur, bersyukur, bersyukur ~ Bersyukurlah sebab masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, untuk melakukan yang terbaik hari ini,
  • 3. Tekad Bermotivasi. Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya kerana ALLAH dan dengan izin ALLAH ~ Ambil masa untuk berzikir kepada ALLAH dan baca beberapa ayat al-quran atau hadis serta artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.
  • 4. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi ~Awal2 pagi Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni. Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.
  • 5. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah ~Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja. Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan dari ALLAH.
  • 6. Set Target Kemajuan Diri Sendiri ~Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak? Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi. Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja. Mulai hari ini, ubah sikap anda.Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari. Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya.
  • 7. Lihat Warna Cerah Warna boleh mempengaruhi mood ~Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria penuh dgn idea.
  • 8. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan ~ Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang. Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati..Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi.Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung. Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.
  • 9. Amalkan membaca zikir al-Ma’thurat ~ Al- Ma’thurat merupakan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW.
Sekadar perkongsian..yang baik datang nya dari ALLAH subhanahu wa ta'ala..dan yang buruk itu datang dari diri ini..wallahu a'alam...

ABOUT SHAKLEE..



Apabila anda memilih Shaklee, yakinlah dengan tiga perkara – ia sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI


SENTIASA SELAMAT
Ahli-ahli saintis Shaklee telah membuat kajian di pelusuk dunia bagi mencari sumber ramuan asli semulajadi. Kemudian kami menjalankan lebih 350 kajian ke atas setiap ramuan baru kami, terutamanya bahan logam, racun serangga dan bermacam-macam bahan pencemaran yang lain. Dan kami meneruskan kajian ke atas lebih 80,000 ujian berkualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan dan perlindungan bagi setiap satu produk. Secara keseluruhannya, semua produk Shaklee tidak mempunyai parabens, triklosan, phthalates, natrium lauril sulfat (SLS), natrium lauryl eter sulfat (SLES), 1,4 dioksana, atau propilena glikol. Tidak terdapat bahan-bahan yang diharamkan, tiada pewarna, tidak sebarang jenis lemak dan tidak mengandungi pemanis tiruan atau perisa
SENTIASA BERKESAN
  • Lebih daripada $250 juta dilaburkan di dalam kajian, pembangunan produk dan ujikaji
  • Terdapat lebih daripada 100 bahan rujukan saintifik, 90 daripadanya dicetak di dalam jurnal bagi rujukan pihak ketiga
  • 7 daripada 25 Pengembara Handal di dalam buku Time Life of All Time telah diperkasa oleh Shaklee
  • Produk Shaklee telah memperkasa Pengembara bertaraf Elit Dunia, Will Steger dalam 4Ekpedisi Artik Antarabangsa
  • 54 pingat emas Olimpik dimenangi oleh para atlit yang diperkasa oleh Shaklee
  • Shaklee juga memperkasa atlit termasuk kumpulan peluncur ais, acara pentatelon Eli Bremer, Darin Shapiro, peluncur air Michelle Simpson, perenang Carly Piper, pemain GolfLPGA Reilley Rankin dan pemain softball Jessica Mendoza yang mana mereka mengambil produk Shaklee secara harian untuk prestasi yang optimum.

SENTIASA MESRA ALAM -
  •  Kami merupakan syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ di mana kami telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar.

  • Shaklee telah menanam hampir 800,000 pokok bagi kempen A Million Trees. A Million DreamsTM dengan kerjasama pemegang The Green Belt Movement yang diasaskan pada tahun 2004 dan pemenang Nobel Peace Laureate Dr. Wangari Maathai
  • Pada tahun lepas sahaja, Shaklee telah berjaya:
    • Mengitar semula lebih 1,000,000 pauns kertas kadbod
    • Menghapuskan 10,200,000 pauns sampah pembungkusan
    • Menghapuskan 23,000,000 pauns gas rumah hijau
  • Shaklee merupakan penerima anugerah alam sekitar yang berprestij bagi anugerah-anugerah berikut:
    • 2008: Anugerah Stevie bagi Program Tanggungjawab Korporat Terhadap Alam Sekitar Terbaik
    • 2007: Anugerah Rekabentuk Organisasi Hijau Global Amerika
    • 2003: Anugerah Kecemerlangan Alam Sekitar Kebangsaan daripada Persatuan Alam Sekitar Professional Kebangsaan
    • 2002: Anugerah Agensi Melindungi Alam Sekitar bagi Perlindungan Climate
    • 2001: Anugerah Kepimpinan Gabenor Ekonomi dan Alam Sekitar- Sijil Penghargaan
      daripada Agensi Perlindungan Alam Sekitar California
Apabila anda memilih Shaklee, yakinlah dengan tiga perkara – ia sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI

Sekiranya anda yakin dan dah jatuh cinta dgn apa yang anda ingin kongsikan dgn mereka diluar sana.. INsyaAllah.. ramai yg akan tertarik utk dekat dgn anda..Tapi jika anda masih ragu2 dan was2... maka org pun akan ragu2.. Tak kenal maka tak cinta.. Proses perkenalan dan jatuh cinta ni juga mengambil masa.. Yes u can have love at first sight tapi utk mengekalkan rasa cinta itu adalah satu proses dan satu perjalanan.. :-)

Sabtu, 28 September 2013

fruity pavlova

ASSALAMUALAIKUM pembuka bicara,
pagi2 mesti sarapan,
saya di sini orang biasa,
kali ni cite tentang PAVLOVA BUAHAN..

**entah ape punyer pantun la aku nih..hahaha..

hye2..sume da tw kan kite nak post pasal pavlova kan??
so,nak tayang gambar dolu..hoho...






JENG JENG!!ok tak d appearance??well,this time adalah my 2nd time making pavlova..so,quite pretty i think(perasan sgt..) -_-"

so,nak share resepi lah..
FOR THE MERINGUE:-
Bahan:-
4 biji telur(ambil putih sahaja)
1 cawan gula kastor(bergantung..kalau x suke manis,kurang kan)
1/2 penutup kecil esen vanila
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh cream of tartar(better)
**tapi aku gune cuke je or jus lemon pown boleh la..
buah-buahan(nak sedap,buahan masam la...macam kiwi,strawberi dll..)

FOR THE TOPPING:-
Bahan:-
1 cup whipping cream
1 1/2 sudu besar gula kastor
1/2 sudu teh vanilla

CARA-CARA:-
1.Pukul putih telur sampai kembang(sblm pukul,make sure besar free from any water..lap kering2 dulu ye??kalau x,mmg x jd..)sambil masuk kan gula kastor sedikit demi sedikit sampai habis dan pukul sebati.

2.Nak pastikan telur yang di pukul dah siap,terbalik kan bekas...kalau tak jatuh tu,maksudnyer dah siap la 2..klo dia nk jatuh or terjatuh,sambung lagi pukul..

3.Ayakkan tepung jagung tadi ke dalam bekas+esen vanila+cream of tartar..kacau gune cara balik kuap kan..sampai rata..

4.Masukkan dalam dulang pembakar yang di alas kertas minyak..ratakan..kalau ikot cara video,dowg bentuk kan manual..dah aku x pandai nk bentuk kn manual,ak masuk la lam loyang pembakat spring form yg slalu aku gune untuk wat oreo cheese cake..bantai je la..haha..

5.Bakar pada suhu 150°C selama 1 jam..Bila dah masak,biarkan dulu kek dalam oven selama 20 min..Kalau retak sikit takpe..sebab nanti cover gune topping pown..haha..Keluarkan dari oven..

6.Untuk topping,campur kan semua bahan sekali gus dan pukul hingga kental..

7.Tuang ke atas kek dan ratakan gune ape pown boleh..tapi aku gune spatula yang plastik uh..xtau la ape namenyer..haha..Then,boleh la hiaskan buahan mengikut kreativity masing2..

8.Boleh lah di makan kemuadian nya..Tapi sedap lagi kalau makan sejuk2..so,depends pada orang..selera setiap orang tak same..ye dok???huhu..

well..selamat mencuba lah ye???

ASSALAMUALAIKUM~~ (^_^)v

Ahad, 23 Jun 2013

aktiviti cuti sem kali ini, OREO CHEESE CAKE!!!!




This is my activity for this sem break..tetibe aku baru terperasan..asal cuti sem je,aku buat kek..huahua..ak nih suke buat kek meyh???ontah lorh..but today i'll post bout another cake that i've made, which is oreo cheese cake..Act, memey i like cheese very much..just i don't recognize since when it is..
Well,this is my first try and d taste is not bad...(rase cheese pown..memang xd rase laen la kan??ngee~~)
Tapi tetibe trase nak share resepi dy..huhu..

Bahan:-
30 keping oreo cookies (buang cream tengahnya) - kisar halus
1/4 cawan butter - cairkan. (aku cairkan guna mikrowave selama 10 saat)

Bahan Filling:-
16 oz (2 cawan) (500 gm) cream cheese
1/2 cawan gula halus
1/2 sudu teh esen vanila
1/2 cawan sour cream - aku ganti dgn yogurt asli
2 biji telor - buang tali pusatnya
1 cawan oreo yang dicincang halus

Cara Menyediakan:- 
Base :-
gaulkan oreo kisar dengan butter cair rata-rata. Tekan dalam loyang yang telah digris dan dialas. Pre-heat oven pada suhu 180 Celcius.

Filling:-~ Pukul cream cheese, gula dan esen vanila dengan kelajuan sederhana hingga benar-benar sebati.
~ Masukkan sour cream dan pukul sebati.
~ Masukkan telor satu persatu dan pukul sebati.
~ Kemudian masukkan oreo yang telah dicincang halus tadi, kaup balikkan hingga rata.
~ Bakar secara "steam bake" dgn auhu 170 celsius (letak loyang adunan dalam loyang lain yang berisi air) pada selama 45 minit/hingga bahagian tengah benar2 masak.
~ Tutup permukaan ciskek dengan aluminium foil untuk mengelakkan permukaan terlebih kuning.. letak pd rak bawah sekali dlm oven..
~ Sejukkan sekurang-kurangnya selama 4 jam/bermalam. Hiaskan dengan jem kegemaran atau buah2an seperti peach/strawberi

But aku buat as simple as can la..huhu..x creative lah katekan..ngee~~
SELAMAT MENCUBA LAH KEPADA SESAPE YANG NAK TRY...GOOD LUCK!! (^_^)

Mengenai Saya

Foto saya
sumwhere in, selangor, Malaysia
i want to b normal that have fwens n a hepi family.. n have a freedom 2 hang out wit my fwens sumtimes.. dats all i wanted very much...and i do love my family very much..coz they care bout me..:D

Pengikut

get this