9 PERMULAAN BAIK DI PAGI HARI
- 1. Bangun dari tidur dengan mengingati ALLAH ~ Bermohon doa kepada ALLAH agar ALLAH bantu kita mendekatkan diri padanya. Semoga ALLAH beri ketenangan dan kekuatan untuk terus bersemangat melayari hidup hari ini.
- 2. Bersyukur, bersyukur, bersyukur ~ Bersyukurlah sebab masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, untuk melakukan yang terbaik hari ini,
- 3. Tekad Bermotivasi. Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya kerana ALLAH dan dengan izin ALLAH ~ Ambil masa untuk berzikir kepada ALLAH dan baca beberapa ayat al-quran atau hadis serta artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.
- 4. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi ~Awal2 pagi Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni. Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.
- 5. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah ~Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja. Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan dari ALLAH.
- 6. Set Target Kemajuan Diri Sendiri ~Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak? Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi. Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja. Mulai hari ini, ubah sikap anda.Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari. Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya.
- 7. Lihat Warna Cerah Warna boleh mempengaruhi mood ~Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria penuh dgn idea.
- 8. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan ~ Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang. Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati..Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi.Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung. Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.
- 9. Amalkan membaca zikir al-Ma’thurat ~ Al- Ma’thurat merupakan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW.
Sekadar perkongsian..yang baik datang nya dari ALLAH subhanahu wa ta'ala..dan yang buruk itu datang dari diri ini..wallahu a'alam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan